PENGENALAN
Amalan
dasar luar negara kita setelah hampir 50 tahun merdeka telah banyak memberi
manfaat kepada negara. Dasar luar yang pragmatik dan berlandaskan keperluan
serta kepentingan negara telah menghasilkan sebuah negara Malaysia yang pesat
membangun, dihormati serta disegani dunia luar. Hari ini, kita berdiri sama
tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju dunia. Kita bebas dan
bermaruah. Kita tidak rasa tersisih ataupun diketepikan oleh masyarakat dunia.
Suara kita terus didengari di persada antarabangsa.
Dasar luar negara yang pro-aktif dan bervisi adalah mustahak untuk menjamin kepentingan dan kedaulatan negara. Tanpa dasar luar yang mantap, Malaysia mungkin telah lama hanyut, hidup mengikut telunjuk kuasa-kuasa besar. Sehubungan itu, penting bagi penggubalan dasar luar negara mencerminkan keadaan serta keperluan dalaman negara.
Dasar luar negara yang pro-aktif dan bervisi adalah mustahak untuk menjamin kepentingan dan kedaulatan negara. Tanpa dasar luar yang mantap, Malaysia mungkin telah lama hanyut, hidup mengikut telunjuk kuasa-kuasa besar. Sehubungan itu, penting bagi penggubalan dasar luar negara mencerminkan keadaan serta keperluan dalaman negara.
HASIL PEMBELAJARAN
1.
Menerangkan dan membezakan
prinsip-prinsip dasar luar berdasarkan era kepimpinan.
2.
Menerangkan latarbelakang dan
objektif setiap kerjasama yang dijalinkan secara multi-literal seperti ASEAN,
OIC, PBB, KOMANWEL dan NAM .
14.1 DASAR
LUAR PEMIMPIN NEGARA
Dasar luar Malaysia yang telah
dibentuk sejak merdeka telah melalui empat tahap oleh pemimpin yang berbeza. Semasa
pemerintahan Tunku Abdul Rahman (1957-1970), dasar luar Malaysia lebih bercorak
pro-Barat dan antikomunis memandangkan negara baharu sahaja merdeka dan pada
waktu ini ancaman komunis masih kuat.[1]
Pada
zaman Tun Abdul Razak Hussein (1970-1975), dasar luar Malaysia
menitikberatkan pembangunan dan integrasi sosial dengan mengadakan lebih banyak
hubungan diplomatik dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik.
Pada zaman kepimpinan Tun Hussein
Onn (1975-1981), penekanan dasar luar adalah berdasarkan kerjasama
pertahanan dan keselamatan negara.
Semasa
era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad, dasar luar negara lebih
mementingkan hubungan ekonomi dan mengekalkan dasar-dasar sebelumnya. Selain
itu, soal keamanan dan keadilan masyarakat antarabangsa juga turut menjadi
agenda penting.
Dasar
luar di bawah pimpinan Datuk Seri
Abdullah Badawi, beliau menekankan hubungan dagangan dengan Negara China,
membuka lembaran baru dalam hubungan
antara Malaysia dengan Singapura di samping meneruskan dasar-dasar pemimpin
terdahulu.
Malaysia menjalinkan hubungan dengan
negara luar melalui dua pendekatan iaitu secara bilateral dan
multilateral. Contohnya, hubungan bilateral iaitu hubungan sebuah negara
sahaja, contohnya Malaysia dengan Iran, manakala hubungan militeral pula
merupakan hubungan secara kumpulan seperti Malaysia dengan negara lain melalui
PBB, ASEAN, OIC dan sebagainya.
PERKEMBANGAN
DASAR LUAR MALAYSIA
Dasar luar Malaysia telah melalui
beberapa perubahan selaras dengan perkembangan di dalam dan di luar negara.
Dasar luar Malaysia terbahagi kepada lima tahap mengikut pemimpin negara
Malaysia yang memerintah pada masa itu[2].
Dasar Luar Dalam
Tempoh 1957 – 1969
Dasar luar
Malaysia di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman adalah bercorak Pro-Barat, Pro-Komanwel
dan Anti-Komunis.
1.
Dasar Pro-Barat
i.
Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA)
dimeterikan pada tahun 1957. Kerajaan British menajmin bantuan tentera
sekiranya tanah Melayu diserang oleh mana-mana negara.
ii. Mengamalkan dasar perdagangan bebas (laissez–faire). Perjanjian pelaburan
ditandatangani dengan beberapa negara bukan komunis seperti Jerman Barat,
Amerika Syarikat dan Jepun.
2.
Dasar Anti-Komunis
i.
Tunku Abdul Rahman telah memberi sokongan
penuh kepada Amerika Syarikat untuk membendung perluasan pengaruh komunis di
Vietnam Selatan.
ii. Melawat Vietnam selatan pada tahun 1958 dan
memberi jaminan persahabatan kepada Presiden Ngo Dinh Diem.
iii. Tidak mengiktirafkan Republik Rakyat China
yang diperintah oleh kerajaan Komunis. Juga mengutuk pencerobohan China ke atas
Tibet pada tahun 1959.
3.
Dasar Kerjasama Serantau
i. Menganggotai Persatuan Negara-negara Asia
Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama dengan Negara Thai dan Filipina.
ii.
Menganggotai MAPHILINDO pada tahun 1963.
iii.
Menganggotai ASEAN pada tahun 1967.
iv.
Menganggotai Gerakan Negara-negara Berkecuali
(NAM).
Dasar Luar Dalam
Tempoh 1970 – 1980
1. Dasar Berkecuali
i.
Tamat konfrontasi dengan Indonesia.
ii.
Berpegang teguh kepad dasar berkecuali dan
ZOPFAN.
iii.
Menggugurkan dasar anti-komunis, mengadakan
hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China, Rusia dan Jerman Timur.
iv.
Menyokong kemasukan China dalam PBB.
2. Dasar Pro-Barat Yang Semakin Luntur
Corak perniagaan dan
perdagangan laissez-faire berubah menjadi campuran. Jadi pelaburan asing
disekat (selaras dengan Dasar Ekonomi Baru)
3. Dasar Pro-Islam
i.
Aktif dalam Pertubuhan Persidangan Islam OIC.
ii.
Mengeratkan hubungan dengan negara-negara
Islam seperti PLO dan negara Arab.
4. Penglibatan Yang Aktif Dalam PBB
Dasar Luar Dalam
Tempoh 1980-an
1.
Mengamalkan Dasar Pandang Ke Timur
Merapatkan hubungan
dan kerjasama teknikal dan perdagangan dengan negara Jepun dan Korea Selatan.
2. Mengurangkan
Pergantungan Kepada Barat
Mewujudkan
Kumpulan 15 yang terdiri daripada negara sedang membangun.
3. Mementingkan
Semangat Selatan-Selatan
i. Mengadakan Suruhanjaya Selatan-Selatan
dan Dialog Selatan-Selatan.
ii. Berjuang mewujudkan Order Baru Ekonomi
Dunia.
4.
Bergiat Cergas Dalam KOMANWEL
Menjadi tuan rumah kepada CHOGM pada tahun
1989.
5. Isu Antartika
Antartika boleh
digunakan untuk menggalakkan pelucutan senjata nuklear tetapi mesti bebas
daripada ketenteraan dan senjata nuklear.
Dasar Luar Dalam
Tempoh 1990-an
i.
Lantang menyuarakan isu alam sekitar, mahukan
negara maju memikul tanggungjawab bersama (Sidang Kemuncak Bumi).
ii.
Menjadi tuan rumah kepada IFNGO (Persidangan
Badan-badan Bukan Kerajaan dalam Pencegahan dan Penyalahgunaan Dadah).
iii.
Mengemukakan ketidakpuasan cara PBB
menyelesaikan isu Bosnia-Herzergovina.
iv.
Menentang ujian nuklear yang dijalankan oleh
Perancis di Lautan Pasifik Selatan.
v.
Pada tahun 1996, Tan Sri Razali Ismail
iaitu Wakil Tetap Malaysia ke PBB dilantik menjadi Presiden Perhimpunan
Agung PBB.
Dasar Luar Dalam
Tempoh 2000-an
i.
Menghantar pasukan tentera untuk menyertai
pasukan pengaman PBB di Timor Timur di Indonesia.
ii.
Menentang keganasan antarabangsa dan
menentang pengambilan tindakan ketenteraan untuk menghapuskan keganasan.
iii.
Menyeru PBB menganjurkan persidangan
antarabangsa untuk mengkaji punca-punca yang menyebabkan munculnya kumpulan
pengganas.
iv.
Menjadi Pengerusi NAM dan OIC pada tahun
2003.
14.2 PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA (ASEAN)
Logo ASEAN
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara
atau lebih dikenali sebagai Association of South East Asian Nations
(ASEAN) di tubuhkan pada pada 8 Ogos 1967.
Penubuhan ASEAN diisytiharkan melalui
Deklarasi Bangkok yang ditandatangani Oleh Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana
Menteri Malaysia), Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia), S. Rajaratnam
(Menteri Luar Singapura), Thanat Khoman (Menteri Luar Thailand) dan N. Romas
(Setiausaha Luar Filipina)[4].
Deklarasi Bangkok 1967 ada menyebut
bahawa ASEAN bertujuan untuk memperbaiki kerjasama dalam bidang ekonomi,
sosial, budaya, pendidikan, Teknologi dan pentadbiran dan diharapkan dapat
mewujudkan keamanan dan kestabilan di rantau Asia Tenggara.
Penyertaan Malaysia dalam ASEAN
merupakan satu keutamaan dalam menentukan arah tuju dasar luar negara. Malaysia
mementingkan pengukuhan ASEAN kerana sekiranya kestabilan ASEAN terjejas, ini
akan memberi kesan negetif terhadap Malaysia, terutama dari segi politik dan
ekonomi.
Objektif Penubuhan ASEAN
Walaupun
pertimbangan politik dan strategik merupakan asas penubuhan ASEAN namun peranan
Deklarasi Bangkok amat penting khususnya dalam mewujudkan kerjasama ekonomi dan
kestabilan sosial kawasan serantau. Deklarasi Bangkok telah menggariskan
tujuh matlamat penting penubuhan ASEAN iaitu:
i.
Mempercepatkan pertumbuhan dan perkembangan
ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan kebudayaan serantau.
ii.
Mengekalkan keamanan dan kestabilan kawasan
serantau dengan menghormati dan mematuhi peraturan, undang-undang dan keadilan
negara-negara kawasan serantau serta mematuhi prinsip Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu.
iii.
Memupuk kerjasama yang aktif dan
mengembangkan kepentingan bersama dalam bidang ekonomi, sosial, kebudayaan,
teknikal, saintifik dan pentadbiran.
iv.
Membekalkan bantuan dan kemudahan latihan,
penyelidikan dan pembangunan dikalangan negara-negara anggota.
v.
Mewujudkan kerjasama yang lebih efektif dalam
penggunaan sumber yang lebih banyak dalam industri pertanian, memperluaskan
perdagangan dan membuat kajian mengenai masalah perdagangan komoditi
antarabangsa, meningkatkan kemajuan bidang pengangkutan dan perhubungan serta
bekerjasama bagi menaik taraf hidup rakyat negara-negara anggota.
vi.
Meningkatkan bidang pengajian dan pendidikan
yang lebih maju di Asia Tenggara.
vii.
Mengekalkan kerjasama yang erat dan berfaedah
menerusi pertubuhan serantau serta pertubuhan antarabangsa yang telah wujud dan
mempunyai matlamat yang sama.
Prinsip- Prinsip Utama ASEAN
Prinsip-prinsip utama ASEAN digariskan seperti berikut:
i.
Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan,
kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional semua negara.
ii.
Hak untuk setiap negara untuk memimpin
kehadiran nasional bebas daripada campur tangan luar.
iii.
Penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan
aman.
iv.
Menolak penggunaan ketenteraan.
v.
Kerjasama effektif antara anggota.
Negara-Negara Anggota Dan
Tarikh Menyertai ASEAN
Sehingga
kini, ASEAN dianggotai oleh 10 buah negara iaitu :
(1)
Malaysia – 8 Ogos 1967
(2)
Thailand – 8 Ogos 1967
(3)
Indonesia – 8 Ogos 1967
(4)
Filipina – 8 Ogos 1967.
(5)
Singapura – 8 Ogos 1967.
(6)
Brunei Darussalam – 8 Januari 1984.
(7)
Vietnam – 28 Julai 1995
(8)
Laos – 23 Julai 1997
(9)
Myanmar – 23 Julai 1997
(10)
Cambodia – 30 April 1999
Kerjasama Dalam Bidang Politik Dan Keselamatan
Kerjasama dalam bidang politik dan
keselamatan menjadi agenda utama ASEAN pada peringkat awal penubuhannya. Antara
agenda penting ASEAN yang melibatkan isu-isu politik dan keselamatan[5] ialah:
i.
ZOPFAN (Zon Aman, Bebas dn Berkecuali) 1971.
ii.
Perjanjian Berbaik-baik dan Kerjasama Asia
Tenggara (TAC) 1976.
iii.
Deklarasi Konkord ASEAN 1976.
iv.
Forum Serantau ASEAN (ARF) 1994.
v.
Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia
Tenggara (SEANWFZ) 1995.
Kerjasama Dalam Bidang Ekonomi
Antara kerjasama ekonomi yang
dilaksanakana oleh ASEAN ialah:
i.
Projek Industri ASEAN 1976.
ii.
Skim Pelengkap Industri ASEAN 1981.
Kerjasama
Dalam Bidang Sosial
Antara kerjasama sosial yang
dilaksanakan oleh ASEAN ialah:
i.
Menganjurkan pesta filem dan pesta lagu
ASEAN.
ii.
Pertunjukan kebudayaan ASEAN dan pertukaran
radio dan televisyen.
iii.
Kerjasama kesusateraan, sukan dan kesihatan.
iv.
Setiap negara anggota menyediakan tempat
di pusat pengajian tinggi kepada pelajar
dari negara anggota yang lain.
v.
Penubuhan SEAMEO (Pertubuhan Menteri-Menteri
Pelajaran Asia Tenggara) untuk memajukan kerjasama dalam bidang pelajaran,
sains dan kebudayaan.
vi.
Kerjasama dalam mengawal penyalahgunaan
dadah.
vii.
Usahasama dalam menjalankan penyelidikan ke
atas penyakit-penyakit tropika.
viii.
Kerjasama dalam bidang pelancongan dengan
mengadakan projek-projek pelancongan secara bergilir-gilir diantara anggota
ASEAN[6].
Rakan dialog ASEAN terdiri daripada
China, Jepun, Korea Selatan dan India.
14.4 PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC)
OIC ditubuhkan pada 25 September 1969 di Rabat, Marocco, sebagai menyahut
seruan Almarhum Raja Faysal Ibn Abdulaziz kearah penyatupaduan dunia Islam. Ibu
pejabatnya terletak di Jeddah, Arab Saudi. Malaysia turut menganggotai OIC dan
Tunku Abdul Rahman (bekas Perdana Menteri Malaysia) telah dilantik menjadi
Setiausaha Agung OIC yang pertama.
Objektif Penubuhan OIC
i.
Tujuan utama penubuhan OIC ialah untuk
mewujudkan kerjasama antara negara- negara angota ke arah memupuk perpaduan
umat Islam di dunia.
ii.
Mengeratkan perpaduan dan kerjasama di
kalangan negara anggota khususnya dalam bidang ekonomi, sains, sosial dan
kebudayaan.
iii.
Memperkukuhkan kerjasama bagi memelihara
kehormatan, kemerdekaan dan hak bangsa.
iv.
Menyelesaikan masalah pertelingkahan yang
melibatkan negara Islam.
v.
Menghapuskan sebarang penindasan dan
penjajahan bagi mewujudkan keamanan sejagat.
Negara Anggota OIC
Organisasi ini terdiri daripada
gabungan 57 buah negara Islam di seluruh dunia.
Kebanyakannya terdiri dari negara Timur Tengah dan Utara Afrika.
Terdapat juga ahlinya dari negara Asia Tenggara, Eropah dan Amerika Selatan.[7] Antaranya
ialah:
1. Afghanistan 2. Albania 3.
Algeria 4. Azerbaijan
5. Bahrain 6. Bangladesh 7.
Benin 8. Brunei
9. Burkina Faso 10. Cameroon 11.
Chad 12. Comoros
13. Guyana 14. Indonesia 15.
Iran 16. Iraq
17. Jordan 18. Kazakhstan 19.
Kuwait 20. Kyrgystan
21. Lebanon 22. Libya 23.
Malaysia 24. Maldives
25. Pakistan 26. Palestine 27.
Qatar 28. Saudi Arabia
29. Senegal 30. Sierra Leone 31.
Somalia 32. Sudan
33. Suriname 34. Syria 35.
Tajikistan 36. Togo
37. Cote d’ Ivoire 38. Djibouti 39. Egypt 40.
Gabon
41. Gambia 42. Guinea 43.
Guinea- Bissau
44. Mali 45. Mauritania 46.
Morocco 47. Mozambique
48. Niger 49. Nigeria 50.
Oman 51. Tunisia
52. Turkey 53. Turkmenistan 54.
Uganda 55. UAE
56. Uzbekistan 57. Yemen
Program OIC
i.
Tabung perpaduan Islam yang ditubuhkan
selepas Persidangan Kemuncak Islam pada tahun 1974.
ii.
Pengajian Sejarah Tamadun Islam dan bahasa
Arab.
iii.
Menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa di
Malaysia.
iv.
Menubuhkan Universiti Islam di Nigeria.
v.
Simposium atau seminar antarabangsa seperti,
Penerapan Syariah Islam di Islamabad pada tahun 1979, Islam dan Dasar Sosial
Dalam Konteks Bentuk Baru Ekonomi Antarabangsa di Geneva pada tahun 1980, Islam
dan Jurusalam di Paris pada tahun 1981, Kongres Islam Sedunia di Colombo pada
tahun 1982.
Strategi OIC
i.
Pembiayaan pelajaran, kebajikan, penerbitan
dan sukan.
ii.
Pembiayaan pembinaan bangunan, membekalkan
bahan bacaan dan alat pendidikan dan menubuhkan ‘fellowship’.
iii.
Bantuan kepada negara Islam Afrika yang
menderita termasuk Chad, Gambia, Guinea, Mali, Maritania, Nigeria, Senegal dan
Upper Volta.
iv.
Kerjasama menyediakan dan menghantar doktor
dan petugas perubatan sukarela.
v.
Menumpukan kepada pembangunan kerohanian dan
kebajikan khususnya belia Islam peringkat antarabangsa.
vi.
Menyokong aktiviti Bank Pembangunan Islam
(IDB) dan menubuhkan IDB di Malaysia pada tahun 1995.
vii.
Bersepadu menyokong perjuangan rakyat
Palestin.
Peranan Malaysia Dalam OIC
i.
Malaysia telah memainkan peranan aktif dalam
usaha perantaraan bagi menyelesaikan konflik Iran-Iraq melalui OIC. Berikutan
pengumuman gencatan senjata antara Iran-Iraq pada bulan Ogos 1988, sepasukan 15
pegawai tentera Malaysia telah menyertai pasukan tentera pemerhati PBB.
ii.
Malaysia memberi sokongan kuat kepada
perjuangan rakyat Palestin dan pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Malaysia
menjadi tuan rumah pada Persidangan Keserantauan Asia mengenai ‘Persoalan
Palestin’ di Kuala Lumpur pada bulan Mei 1983. Dan menyokong hak rakyat
Palestin untuk menentukan nasib sendiri, termasuk hak mereka untuk mempunyai
sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
iii.
Malaysia juga menyokong perjuangan Mujahidin
Afghanistan terhadap Rejim Kabul yang dibantu oleh tentera Rusia sejak tahun
1979. Malaysia telah membenarkan Mujahidin Afghanistan membuka pejabat
perwakilan di Kuala Lumpur pada tahun 1984.
iv.
Pembinaan Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
di Selangor, telah membantu perkembangan pendidikan tinggi di kalangan negara-
negara Islam.
v.
Mengutuk dasar penghapusan etnik Islam di
Bosnia- Herzegovina
vi.
Menganjurkan Musabaqah al- Quran pada tiap-
tiap tahun.
vii.
Mengadakan program Nida Ul Islam untuk
mendakwah Islam ke seluruh dunia.
viii.
Memberi bantuan kewangan dan kemanusiaan
kepada mangsa gempa bumi di Turki dan mangsa peperangan di Chechnya.
14.4 PERTUBUHAN
NEGARA-NEGARA BEKAS TANAH JAJAHAN BRITISH (KOMANWEL)
Bendera Negara-Negara Komanwel
Pertubuhan
Komanwel merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh
negara-negara bekas jajahan British yang telah merdeka. Komanwel telah
ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 1931 dan dinaungi oleh Ratu
England.
Pertubuhan ini adalah sebagai satu
lambang pengaliran rangkaian
persahabatan secara berkesan untuk mengekalkan tanah jajahan British
sebagai sebuah negara yang masih bersatu bukan sahaja dengan Britain malah
dengan tanah jajahan yang lain seperti Australia, New Zealand, Kanada, United
Kingdom (Britain), India dan Sri Lanka.
Negara-negara
anggota Komanwel tersebar disetiap benua dan penduduknya terdiri daripada
pelbagai bangsa, agama, bahasa dan kebudayaan. Malahan Komanwel menjelang abad
ke-21 ini meliputi kira-kira suku daripada permukaan bumi dan penduduknya
melebihi 1000 juta orang.
Kini anggota
Komanwel sudah mencatat 54 buah negara. Kebanyakan negara anggota Komanwel
mempunyai persamaan dari segi politik, ekonomi, pentadbiran dan undang-undang.
Pertubuhan Komanwel bukanlah sebuah persekutuan yang mempunyai Kerajaan Pusat.
Ia tidak mempunyai sebarang ikatan sepertimana Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) dan tidak mempunyai undang-undang bertulis tetapi hanya Perisytiharan
Prinsip Komanwel yang telah diluluskan sebulat suara pada tahun 1971[8].
Pentadbiran
Pertubuhan Komanwel telah dijalankan oleh sebuah sekretariat yang diketuai oleh
Setiausaha Agung Komanwel. Malaysia telah menganggotai Pertubuhan Komanwel
sejak dari tahun 1957. Negara ini telah memperolehi banyak faedah menerusi
penyertaannya dalam Komanwel terutamanya dalam bidang pertahanan, perdagangan
dan pendidikan.
Objektif Penubuhan KOMANWEL
i.
Memberi kemudahan dan faedah kepada negara
anggota.
ii.
Mewujudkan hubungan diplomatik antara
negara-negara anggota dan bukan anggota.
iii.
Untuk mewujudkan persahabatan diantara
negara-negara bekas jajahan British suatu masa dahulu.
Program KOMANWEL
i.
Kerjasama perdagangan, penyelidikan dan
bantuan ekonomi dan sosial.
ii.
Persidangan speaker-speaker Komanwel pada
tahun 1987.
iii.
Persidangan ketua-ketua Negara Komanwel pada
tahun 1999 di Kuala Lumpur.
iv.
Rancangan Colombo-Program yang paling aktif
yang mana ditubuhkan pada tahun
v.
1950 selepas Mesyuarat Menteri-menteri Luar
Negara Komanwel di Colombo, Sri Lanka.
vi.
Rancangan Biasiswa dan Fellowship Komanwel.
vii.
Tabung Komanwel.
viii.
Kerjasama Teknik.
ix.
Isu Antartika sebagai “Warisan Bersama
Dunia”.
Strategi KOMANWEL
i.
Persidangan di kalangan menteri-menteri
berbagai portfolio, ahli-ahli parlimen dan Speaker Parlimen.
ii.
Rancangan Colombo dilaksanakan untuk:
a. membekal pakar-pakar latihan dan
penyelidikan.
b. menyediakan tempat latihan di
universiti-universiti bagi yang memerlukan bantuan.
c. menyediakan peralatan bagi penyelidikan
dan bantuan.
d. pembiayaan projek-projek pembangunan
fizikal.
e. bantuan kesihatan, pertanian dan
pemasaran.
f. penentangan terhadap “Isu Aparthied”.
g. menjadikan isu Antartika sebagai agenda
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
iii.
Melalui bidang ekonomi dan perdagangan,
Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel
(CHOGM) yang diadakan di Vancouver, Kanada pada tahun 1987.
iv.
Malaysia diberi penghargaan untuk menjadi
tuan rumah bagi sukan kedua terbesar pada tahun 1998 iaitu Sukan Komanwel.[9]
Malaysia Dalam KOMANWEL
i.
Malaysia telah menyertai beberapa aktiviti
Komanwel termasuk menjadi pengerusi jawatankuasa bagi menyemak semula peranan
dan arah masa hadapan organisasi ini.
ii.
Malaysia juga pernah menjadi tuan rumah
Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada tahun 1989.
iii.
Dua deklarasi diisytiharkan melalui
persidangan tersebut iaitu Deklarasi Kuala Lumpur yang berkaitan dengan Dasar
Apartheid dan Deklarasi Langkawi yang berkaitan dengan alam sekitar.
iv.
Melalui Deklarasi Kuala Lumpur, negara-negara
Komanwel bertekad untuk memansuhkan Dasar Apartheid yang di Afrika Selatan yang
telah di amalkan sejak 300 tahun dahulu.
v.
Di samping itu, Malaysia juga turut memberi kerjasama kepada
Sekretariat Komanwel bagi merangka program kerjasama teknikal yang lengkap dan
menyeluruh di bawah Tabung Komanwel bagi Kerjasama Teknik (CFTC).
vi.
Malaysia telah mempengerusikan Kumpulan
Perundingan Komanwel mengenai Pengurusan Teknologi sejak penubuhannya pada
tahun 1989. Pada tahun 1995 Malaysia telah mempengerusikan Gabungan Komanwel
bagi Pengurusan Teknologi (CPTM).
vii.
Perdana Menteri Y.A.B. Dato’ Seri Dr.
Mahathir Mohamad telah mencadangkan supaya konsep perkongsian pintar yang
diilhamkan oleh Malaysia dipraktikkan di kalangan negara-negara anggota Komanwel.
viii.
Hal ini kerana dalam konsep tersebut, semua
pihak mendapat keuntungan. Konsep ini begitu popular dinegara selatan Afrika.
ix.
Malaysia juga melibatkan diri dalam sukan
Komanwel pada tahun 1998 yang mana atlit-atlit dari seluruh Komanwel dan yang
bertaraf dunia akan mengambil bahagian dalam sukan komanwel yang ke -16 di
Malaysia.
14.5 PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)
Logo NAM
Pergerakan Berkecuali atau NAM ialah sebuah organisasi antarabangsa yang disertai lebih 114 negara yang berkecuali (seperti di bawah ) dan tidak memihak kepada mana mana blok kuasa.
Pergerakan
Negara-negara Berkecuali (NAM) mula ditubuhkan sebaik sahaja 25 buah
Negara-negara berkecuali beserta 3 buah negara pemerhati menghadiri persidangan
pertama iaitu Persidangan Ketua-ketua Negara atau Kerajaan Negara-negara
Berkecuali (NAM) di Belgrade, Yugoslavia bermula pada 1-6 September 1961[10].
Pergerakan ini diasaskan oleh Presiden
Tito (Yugoslavian), Presiden Nasser (Egypt) dan Perdana Menteri Nehru (India)
dan disokong sepenuhnya oleh Presiden Indonesia iaitu Soekarno dan Presiden
Ghana iaitu Nkrumah.
Dalam pada masa yang sama, Pergerakan
ini terbentuk hasil daripada Perang Dingin (Cold War) yang berlaku pada lewat
tahun 1940-an sehingga awal tahun 1990-an. Pergerakan Negara-negara Berkecuali
(Non-Align Movement-NAM) ditubuhkan pada tahun 1961 di Belgrade, Yugoslavia.
Pergerakan ini berpegang kepada prinsip berkecuali iaitu tidak memihak kepada
mana-mana ideologi sama ada Blok Barat (demokrasi) atau Blok Timur (komunis).
Prinsip tersebut menekankan betapa
pentingnya sesebuah negara atau kuasa menghormati kemerdekaan dan kedaulatan
negara lain. Pendirian memihak kepada mana-mana blok hanya akan mewujudkan
suasana tegang yang boleh mencetuskan keadaan politik yang tidak stabil.
Negara-negara berkecuali merujuk
kepada negara-negara yang tidak memihak kepada mana-mana blok dunia sama ada
Blok Barat (yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan disokong oleh Britain,
Perancis dan negara-negara yang mengamalkan konsep demokrasi-kapitalis) atau pun Blok Komunis (yang diketuai oleh
Rusia dan disokong oleh Negara China, Jerman Timur dan negara-negara yang
mengamalkan konsep komunisme). Kedua-dua blok ini telah memperkuatkan tentera
masing-masing dan mengadakan konfrontasi secara aman yang dikenali sebagai
“Perang Dingin”.
Sebagai langkah menyekat perkembangan
komunisme, Amerika Syarikat telah membentuk Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara
(SEATO) pada tahun 1955 yang ahlinya terdiri daripada Amerika Syarikat,
Britain, Perancis, Pakistan, Negara Thai dan Filipina. Kebanyakan negara di
Asia dan Afrika yang merdeka dan sedang membangun tidak mahu terbabit dalam
Perang Dingin itu dan tidak mahu menyertai SEATO. Negara-negara tersebut telah
mengamalkan dasar berkecuali dan tidak mahu memihak kepada mana-mana pihak
kerana tidak mahu terbabit dalam sebarang pertempuran antara kedua-dua blok
tersebut.
Secara kesimpulannya, Pertubuhan
Negara-negara Berkecuali merujuk kepada negara-negara yang tidak memihak
kepada mana-mana blok dunia, sama ada Blok Barat atau Blok Timur. Yang mana
pergerakan ini sangat aktif dan bebas membuat keputusan atau dasar mengikut
pandangan mereka dan sememangnya pergerakan ini menggalakkan kerjasama dalam
semua bidang terutamanya bidang politik, ekonomi dan sosial dikalangan
negara-negara membangun.
Tujuan Penubuhan NAM
Tujuan penubuhan NAM setelah
diisytiharkan dalam Pengisytiharan Havana 1979 ialah untuk memastikan
kemerdekaan, kedaulatan, integriti dan keselamatan negara-negara berkecuali
dalam memerangi imperialisme, kolonisme, neo-kolonisme, pemisahan bangsa,
perkauman dan pencerobohan dari bangsa asing, pekerjaan dan dominasi terhadap
kuasa serta kumpulan politik.
Selain itu dalam laman web Jabatan
Penerangan juga ada membincangkan tentang tujuan penubuhan NAM. Antara tujuannya ialah :
i.
Memupuk kerjasama yang erat di kalangan
negara anggota.
ii.
Menjadi forum untuk negara anggota
menyuarakan pendirian berhubung isu-isu semasa.
iii.
Mengelakkan negara-negara kecil terlibat
dalam peperangan ideologi.
iv.
Memperjuangkan hak dan kepentingan
Negara-negara sedang membangun.
v.
Mengubah haluan perjuangan NAM
daripada hal-hal politik kepada isu-isu ekonomi.
vi.
Meningkatkan muafakat dan kesepakatan di
kalangan anggota NAM melalui rundingan.
vii.
Meninggikan keupayaan ekonomi dan daya saing NAM
supaya pertubuhan ini dihormati.
Secara kesimpulannya, daripada tujuan
utama NAM yang dibincangkan telah melahirkan beberapa prinsip yang digunakan
oleh negara-negara anggota NAM ini. Antaranya ialah:
i.
Menghormati kemerdekaan, kedaulatan dan
keutuhan sesebuah negara.
ii.
Mengelakkan campur tangan dalam hal ehwal
sesebuah negara.
iii.
Menyelesaikan segala perselisihan
antarabangsa secara damai.
iv.
Menghormati hak asasi manusia
Malaysia
Sebagai Sebuah Negara Berkecuali
Pada dasarnya, pergerakan ini
diasaskan pada tahun 1955 dalam Persidangan Kemuncak Negara-negara Berkecuali
di Bandung, Indonesia yang dihadiri oleh 25 buah negara dari Asia dan Afrika
yang mengamalkan dasar berkecuali.
Kini, pergerakan ini dianggotai oleh
lebih 100 buah negara yang sebahagian besarnya terdiri daripada negara dunia
ketiga yang terletak di Asia, Afrika dan Amerika Latin. NAM diasaskan di
Bandung, Indonesia pada tahun 1955 walaupun istilah ‘berkecuali’ datangnya dari
idea Perdana Menteri India, Jawaharlal Nehru dalam ucapannya di Colombo, Ceylon
(Sri Lanka)[11]. Di Colombo,
Nehru memperkenalkan 5 tonggak asas dalam menjalin hubungan antarabangsa di
mana ia turut dikenali sebagai ‘Panchseel’ iaitu:
i.
Hormati kawasan
ii.
Saling tidak menceroboh antara Negara
iii.
Saling tidak mencampuri urusan hubungan
tempatan
iv.
Mewujudkan saling kesamaan dan menguntungkan
v.
Mewujudkan keamanan
Pada bulan April tahun berikutnya,
satu persidangan telah diadakan di Bandung
dan dinamakan Persidangan Bandung. Prinsipal ‘Panchseel’ telah mula
diperkembangkan dan disinilah bermulanya pembentukan konsep pengecualian.
Konsep ini menyarankan negara-negara
anggota tidak terlibat dalam Konfrontasi Ideologi Timur-Barat semasa Perang
Dingin. Secara tidak langsung negara-negara anggota akan berusaha untuk
mencapai kemerdekaan, pembangunan ekonomi dan pembasmian kemiskinan.
Malaysia mula menyertai Pergerakan
Negara-negara Berkecuali pada tahun 1970. Penyertaan Malaysia ini dibuat
berlandaskan beberapa faktor yang menjadi pegangan negara sejak merdeka iaitu:
i.
Menyelesaikan secara aman terhadap apa-apa
pertikaian.
ii.
Menghormati keutuhan dan kedaulatan wilayah
negara lain.
iii.
Mengamalkan prinsip hidup bersama secara
aman.
iv.
Tidak campur tangan dalam urusan negara lain,
sama ada gerakan subversif atau lain-lain gerakan sekali pun.
Peranan
Malaysia Dalam NAM
Sejak menjadi anggota NAM, Malaysia
telah memberi sumbangan yang besar dalam pertubuhan ini. Antaranya ialah:
i.
Memainkan peranan penting dalam
mempertingkatkan kerjasama antara negara sedang membangun dengan negara miskin
melalui apa yang dikenali sebagai “Kerjasama Selatan-Selatan”.
ii.
Mempelopori perang penyalahgunaan dan
pengedaran dadah di peringkat antarabangsa.
iii.
Memperjuangkan Isu Antartika sebagai hak
warisan bersama manusia sejagat.
iv.
Berusaha dalam menghapuskan dasar apartheid
di Afrika Selatan.
v.
Mempertahankan pendirian pergerakan ini
berhubung dengan isu-isu tertentu dalam sidang dan forum antarabangsa, termasuk
persidangan PBB.
Secara keseluruhannya, Malaysia telah
memainkan peranan yang berkesan dalam Pergerakan Negara-negara Berkecuali sejak
menganggotai pergerakan ini sejak tahun 1970. Sebagai pengiktirafan terhadap
peranan dan komitmen Malaysia yang aktif dalam pergerakan tersebut, Malaysia
telah dipilih menjadi Pengerusi NAM untuk tempoh tiga tahun iaitu dari tahun
2003 hingga tahun 2006[12]. Kesemua ini
melambangkan pengiktirafan antarabangsa terhadap sumbangan Malaysia di
peringkat global.
Negara-Negara
Anggota NAM
Antara
ahli-ahli NAM:
Afghanistan
| Algeria | Angola | Bahamas | Bahrain | Bangladesh
| Barbados |
Belarus | Belize | Benin | Bhutan | Bolivia | Botswana | Brunei | Burkina
Faso | Burundi
| Kemboja | Cameroon | Cape Verde
| Republik Afrika Tengah | Chad | Chile | Colombia | Comoros | Côte
d'Ivoire | Cuba
| Republik Demokratik Congo | Republik
Congo | Djibouti
| Dominica |
Ecuador | Mesir | Equatorial
Guinea | Eritrea
| Ethiopia |
Gabon | Gambia | Ghana | Grenada | Guatemala | Guinea | Guinea-Bissau
| Guyana | Honduras | India | Indonesia | Iran | Jamaika | Jordan | Kenya | Kuwait | Laos | Lubnan | Lesotho | Liberia | Libya | Madagascar
| Malawi | Malaysia | Maldives | Mali | Mauritania
| Mauritius
| Mongolia |
Maghribi | Mozambique
| Myanmar | Namibia | Nepal | Nicaragua | Niger | Nigeria | Korea Utara
| Oman | Pakistan | Palestin | Panama | Papua
New Guinea | Peru
| Filipina |
Qatar | Rwanda | Saint Lucia
| Saint Vincent dan the Grenadines |
São Tomé dan Príncipe | Arab Saudi
| Senegal | Seychelles
| Sierra
Leone | Singapura
| Somalia | Afrika
Selatan | Sri
Lanka | Sudan
| Suriname |
Swaziland
| Syria | Tanzania | Thailand | Timor Leste
| Togo | Trinidad dan Tobago | Tunisia | Turkmenistan
| Uganda | Amiriah Arab Bersatu | Uzbekistan
| Vanuatu | Venezuela | Vietnam | Yaman | Zambia | Zimbabwe
Negara-negara pemerhati: Antigua dan Barbuda | Armenia | Azerbaijan
| Brazil | Republik Rakyat China | Costa Rica
| Croatia | Cyprus | Dominica | El Salvador
| Kazakhstan
| Kyrgyzstan
| Mexico | Serbia dan Montenegro | Ukraine | Uruguay
Organisasi pemerhati: Kesatuan Afrika | Liga Arab |
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
14.6 PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 di San Francisco, Amerika Syarikat.
Bilangan negara anggota PBB bertambah kepada 191 buah negara. Matlamat–matlamat
utama PBB ialah:
i.
Mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia
ii.
Menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam
bidang-bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan
iii.
Melindungi hak-hak asasi manusia tanpa
mengira jaum,jantina atau agama.
Antara program yang dilaksanakan oleh
PBB ialah:
i.
Majlis Perhimpunan Agung
ii.
Keselamatan bagi menentukan dan memutuskan
isu-isu keselamatan melalui kuasa veto.
iii.
Majlis Ekonomi dan Sosial PBB bagi
meningkatkan taraf hidup.
iv.
Bantuan kecemasan kepada mangsa peperangan,
terutama kanak-kanak.
v.
Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa.
Strategi yang digunakan oleh PBB bagi
mencapai matlamat yang telah digariskan ialah:
i.
Persidangan perwakilan negara anggota bagi
menyelesaikan masalah pertikaian yang melibatkan negara-negara anggota.
ii.
Menyelesaikan sebarang isu atau
pertelingkahan dunia.
iii.
Mengadili sebarang pertikaian antarabangsa.
iv.
Mengendalikan program PBB melalui agensi
termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa
Bersatu bagi Orang-Orang Pelarian (UNHCR), Rancangan Pembangunan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNDP) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
v.
Khemah-khemah pelarian sebagai penempatan
pelarian didirikan untuk berlindung, memperoleh makanan, pakaian dan perubatan.
vi.
Membantu pelarian Vietnam dan Kampuchea dan
mendirikan penempatan sementara.
Keahlian PBB terbuka kepada semua
negara yang merdeka dengan syarat mereka bersetuju menerima Piagam PBB. Badan-badan PBB yang utama ialah:
(1)
Majlis Perhimpunan
Agung
(2)
Majlis Keselamatan
(3)
Majlis Amanah
(4)
Majlis Ekonomi dan
Sosial
(5)
Mahkamah Pengadilan
Antarabangsa
(6)
Sekretariat
Ketua PBB ialah Setiausaha Agung.
Setiausaha Agung PBB yang pertama ialah Trygve Lie dari Norway. Keputusan
Perhimpunan Agung mengenai perkara-perkara yang mustahak dibuat berasaskan
sokongan 2/3 daripada ahli-ahli yang hadir. Keputusan mengenai perkara-perkara lain
hanya memerlukan sokongan lebih suara.
Persekutuan Tanah Melayu menyertai PBB
pada tahun 1957 dan meneruskannya selepas pembentukan Malaysia pada 16
September 1963. Malaysia merupakan penyokongnya yang kuat.
Bagi menjamin dan memastikan peranan
Malaysia yang aktif dalam PBB, Malaysia melalui Kementerian Luar Negara,
khususnya melalui Jabatan Bahagian Politik Pelbagai Hala bertindak merumuskan
pendirian dan peranan Malaysia di pertubuhan tersebut[13].
Selaku ahli PBB, Malaysia menyertai
secara aktif dalam perbincangan PBB dengan menyuarakan pendirian mengenai
pelbagai isu yang mempunyai kepentingan kepada Malaysia dan negara-negara
membangun.
Bukti komitmen Malaysia terhadap
perkembangan dunia yang aman dan adil ialah penyertaan Malaysia dalam sembilan misi
pengaman PBB seperti di Congo, Bosnia-Herzegovina, Angola, Timur Leste dan
lain-lain. Selain itu, Malaysia juga telah dilantik untuk menganggotai Majlis
Keselamatan PBB dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB.
Kesimpulan
Pengenalan sesebuah dasar terutamanya
dasar politik di Malaysia sesungguhnya telah memberi kesan ke atas sikap
penduduk Malaysia, budaya kerja, mutu kerja dan kedudukan Malaysia di mata
dunia melalui dasar luar Malaysia. Kesemua perkara ini boleh dikatakan telah
memenuhi matlamat dan hasrat Wawasan
2020. Usaha kerajaan untuk membangunkan negara melalui usaha-usaha yang
dijalankan tidak harus dipandang ringan memandangkan dengan adanya dasar inilah
yang telah membentuk perpaduan negara, keamanan dan kekayaan negara kita yang
dimiliki sekarang.
RUJUKAN
1. Mardiana
Nordin & Hasnah Hussin, Pengajian
Malaysia, Selangor: Penerbit Fajar Bakti.
2. Nazaruddin
Hj. Mohd Jali, Maarof Redzuan & Asnarulkhadi Abu Samah, Kenegaraan Dan Kewarganegaraan, Pearson
Hall Sdn Bhd.
3. Ranjit
Singh Malhi (Dr), Pengajian Am:
Kenegaraan Malaysia, TQM Consultants Sdn Bhd.
4. Ruslan
Zainudin, Mohd Mahadee Ismail & Zaini Othman, Kenegaraan Malaysia, Selangor: Penerbit Fajar Bakti.
5. Wong Khek
Seng, Raminah Hj. Sabran & Kok Meng Kee, Pengajian Am Kertas 1 & 2, Selangor: Penerbit Fajar Bakti.
[1] Mardiana
Nordin& Hasnah Hussin, Pengajian
Malaysia,Penerbit Fajar Bakti,Hal 251.
[2] Ibid,Hal
252.
[3] Ibid,Hal
252.
[4] Ibid,Hal
252.
[5] Ibid,Hal
253.
[6] Ibid,Hal
254.
[7] Dr.
Ranjit Singh Malhi, Pengajian Am
Kenegaraan Malaysia,TQM Consultants Sdn.Bhd, Hal 223.
[8]
Nazaruddin Hj. Mohd Jali,Maarof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, Kenegaraan Dan Kewarganegaraan, Pearson
Hall Sdn.Bhd Hal 347.
[9] Ibid,Hal
348.
[10] Wong
Khek Seng, Raminah Hj. Sabran,Kok Meng Kee,Pengajian
Am Kertas 1 &2,Penerbit Fajar Bakti Hal 341.
[11] Ibid,Hal
341
[12] Ruslan
Zainudin,Mohd Mahadee Ismail,Zaini Othman, Kenegaraan
Malaysia,Penerbit Fajar Bakti,Hal 314.
[13] Ibid,Hal
315.